Awas Pembela Kucing ! Cacing Ini Mungkin Ada Dalam Kulit Anda Tanpa Disedari !!!


 Sesiapa saja kadang-kadang drive boleh sesat.Tahu tak anda cacing pum boleh sesat . Awas sesiapa yantg bela kucing tu perlu berhati-hati tau.

 Tadi waktu dekat Klinik Doc ada seorang pemuda yang kacak dan bergaya. Masuk je bilik Consultant Doc terus berkata: " Doc cuba tengok badan saya doc dan bahagian yang lain Doc.. habis jadi Peta macam-macam bentuk dah jadinya. Apa benda ni Doc ". kesian dia , dah merana beberapa minggu dah!!!

 Ni adalah " CACING SESAT" . Anda cuba periksa kulit badan, kaki, tangan atau bahagian lain. Ada tak CACING SESAT ni? . pihak perubatan panggil CUTANEOUS LARVA MIGRAN.

( Ancylostomo braziliensis, Ancylostoma canium, dan Gnathostoma spinigerum )

A. Apa CUTANEOUS LARVA MIGRAN atau CACING SESAT!!! 

  Cacing ini hidup dan membesar hanya di kucing dan anjing. Bila binatang ini berak atau membuang air besar  bersama telur cacing ini yang menetas jadi larva filariform yang hidup di dalam tanah, lumpur, pasir dan tempat kotor. Sebab tu kita nasihatkan semua agar tidak bermain di kawasan kotor, khususnya bagi kalangan kanak-kanak yang mana mudah di masuki larva ini melalui kulit mereka yang masih lembut. Pada awalnya kulit anda akan berbentuk biji kemerahan yang sangat gatal. Larva cacing ini hanya boleh bergerak melalui terowong yang dibentuknya di permukaan kulit kita. Dari bentuk biji merah, lepas tu memanjang sampai menjalar jadi bengkang bengkok macam ular dan pelbai bentuk.

B. Info tambahan yang Doc nak bagi tahu semua

1. Doc nak bagi tahu iya bergerak 2-3 mm sehari. Bayangkan jika berminggu atau berbulan tidak di ubati!! Benda ni akan melarat di seluruh badan.

2. Tapi ingat di dadalam tubuh manusia Larva tak dapat membesar jadi cacing dewasa.

3. Kalau tak di ubati , kulit anda akan terasa gatal. Bila mana anda mengaru , kulit akan jadi inflamasi dan terinfeksi bernanah !

Rawatan

1. Jumpa Doctor yang berdekatan. makan Ubat Cacing 2-3 hari.

2. Makan antibiotik jika infeksi dan letakkan cream gatal pada kulit berkenaan.

3. Jika bernasib baik, terowong yang terdepan tu kemungkinan ada Larva cacing tu dan boleh korek dengan secepatnya.

 Cegahan 

1. Fikir sebelum nak bela kucing, boleh bela cuma pastikan dibersihkan seperti anda membersihkan diri anda.

2. Pakai kasut dan pakai Glove bila membuat kerja di tempat tanah kotor. Pastikan anak-anak kita mengunakan kasut atau selipar bila mana bermain di luar rumah. Bersihkan anak-anak selepas bermain.

3. makan ubat Cacing untuk anda dan kucing. Jaga kebersihan anda dan juga kucing anda.

1 comment... add one now