Wanita Dirompak Dan Dirogol


    KESAN umpil di bahagian tingkap dapur rumah mangsa di Kampung Rantau Panjang di sini, selepas dipecah masuk perompak, awal pagi semalam 



   Seorang wanita telah dirogol oleh penyamun selepas rumahnya di Kampung Rantau Panjang dipecah masuk oleh tiga orang perompak, awal pagi semalam.

   Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusuff Mamat, berkata manga yang berusia 34 itu yang tidur di dalam biliknya telah dikejutkan dengan kehadiran tiga perompak yang mempunyai senjata tajam. kejadian itu berlaku dalam likungan jam 4 pagi subuh.

   Katanya, seorang suspek warga Indonesia cuba mendiamkan dirinya untuk tidak membuat bising atau menjerit sebelum dia di rogol manakal dua lagi suspek sedang berada diluar bilik.

  " Mangsa juga turut diugut jika dia cuba nak menjerit, suaminya yang sedang tidur di ruang tamu itu akan dibunuh " katanya ketika dihubungi hari ini.

   Katanya, selepas saja suspek melarikan diri, dia terus mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian yang telah berlaku. " Mangsa turut mengadu yang dia diacukan pisau ole suspek", katanya.

  Mohd Yusuff berkata, selepas saja dimaklumkan, suami mangsa dan jiran cuba untuk mengejar suspek namun gagal.

  Katanya, suami mangsa kemudian membuat pemeriksaan di sekitar kawasan perumahannya dan menemui satu kesan umpil di bahagian tingkap dapur rumah itu.

  " Mangsa kemudian menyedari beg yang berisi Kad Pengenalan dan wang tunai yang berjumlah RM300 turut dilarikan," katanya.

  Katanya, mangsa terus di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), klang untuk pemeriksaan dan disahkan Trauma.

 Kes disiasat atas Seksyen 376 kanun keseksaan dan Seksyen 395/397 kanun sama.

0 comment... add one now