Terima Kasih Abang Bomba - Berjaya Buka Subang Ditelinga



 BUDAK perempuan berusia lapan tahun dikejarkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya selepas subang pada telinga kirinya tidak dapat dibuka, hari ini.
Dia dibawa ibu bapanya ke BBP Petra Jaya kira-kira 2 petang selepas mereka buntu untuk membuka subang berkenaan selain bimbang mendatangkan kecederaan pada telinga anak.
 Ketua BBP Petra Jaya Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk membuka subang pada telinga kiri kanak-kanak itu.
 Menurutnya, operasi membuka subang mengambil masa kira-kira 10 minit kerana anggota bomba perlu mengelak daripada berlakunya sebarang kecederaan.
 "Subang berjaya dibuka dari telinga kanak-kanak itu tanpa sebarang kecederaan" katanya.

0 comment... add one now