Tanda-tanda Anda Adalah Seorang Lelaki Hensem




 Kacak atau hensem adalah sesuatu yang subjektif dan sangat luas definisinya. Ada kala lelaki kacak pada pandangan mata isteri atau pasangannya tetapi lelaki itu dilihat biasa oleh pandangan mata wanita yang lain.

 Kacak atau hensem tidak dapat dijelaskan secara tepat atau spesifik. Lelaki yang sopan, berbudi bahasa dan menghormati orang lain juga boleh dikategorikan sebagai lelaki hensem.


 Kacak dalam dan kacak luar adalah menjadi idaman setiap lelaki. Tetapi tidak ramai lelaki yang kacak pada luaran dan dalaman. Ramai yang sekadar kacak dari segi luaran dan tidak menjaga dari segi dalaman.

 Di bawah adalah beberapa ‘petanda’ yang mengatakan anda adalah seorang lelaki hensem/kacak. Jangan ambil serius kerana ia hanyalah sekadar santai dan pandangan peribadi dari seorang forumer di sebuah forum.

1. Sentiasa berseorangan

 Pergi mana-mana pun sorang saja. Kerana terlalu kacak, ramai wanita dan lelaki takut mendekati anda kerana mereka menyangkakan anda seorang playboy.

2. Lelaki lain mengatakan anda kacak

 Ini paling ketara. cuba ingat berapa ramai lelaki kata anda hensem dan kacak dengan nada serius? Kalau ada, anda adalah seorang yang kacak.

3. Wanita bangsa lain mengatakan anda kacak

 Pernah bangsa lain mengatakan anda hensem, makin kacak? Kalau ada maka bertuahlah anda.

4. Tak berapa kaya

 Lelaki kacak tak perlu mencari kerana kekayaan yang akan datang kepadanya berbeza dengan orang kaya yang terbit kekacakkanya dari hartanya.

5. Flush selepas menggunakkan tandas

 Senang cita lelaki kacak ni pembersih. Siap tolong flush lagi sesapa yang haram J dah berak taknak flush.

6. Pakaian murah-murah saja

 Tak perlu pakaian berjenama kerana mereka yang menjadikan pakaian itu cantik bukan pakaian yang menjadikan mereka itu hensem apabila memakainya.




Sumber: Taikotai

0 comment... add one now