Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board - Batul ke?



 Kuala Lumpur - Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Malaysia Tourism Board berkuat kuasa serta merta.

 Keputusan itu timbul selepas isu panas yang membabitkan menteri perlancongan, Nazri Aziz dan Menteri Perlancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak , Abdul Karim Rahman Hazah yang hangat baru-baru ini.

 Pjabat ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan sebentar tadi berpendapat, peranan wakilnya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranannya dalam  Lembaga Promosi Perlancongan Sarawak.

 Kenyataan itu telah dimuat naik oleh Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.


 Menurut Sarawak Voice, isu yang tercetus itu telah timbul selepas Abdul Karim meminta kerajaan persekutuan menangguhkan perlaksaan cukai perlancongan.

 Bagaimanapun, Nazri menempelak Abdul Karim dengan menyifatkan menteri itu sebagai " Setahun Jagung ".

" Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. jumpa saya, saya pun menteri BN." Kata Nazri memetik laporan Sasrawak Voice itu.

0 comment... add one now