Remaja Lelaki Mangsa Buli Meninggal Dunia Di Hospital Pulau Pinang




 Pulau Pinang - Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa buli sekumpulan remaja dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini.

 Bernama melaporkan, pihak polis berkata remaja meninggal dunia kira-kira jam 6 petang di Hospital Pulau Pinang hari ini.

 Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, remaja itu meninggal dunia selepas berada dalam keadaan koma.

 Pada kejadian sabtu lalu, remaja itu dan seorang lagi rakan mangsa dilaporkan telah dipukul oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Tun Sargon, Gelugor.

 Mangsa dikatakan dipukul dengan menggunakan topi keledar di bahagian kepala dan menyebabkan mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhir.nya. Mangsa juga ditemui dengan kesan melecur dibahagian belakang badan

0 comment... add one now