Petua Hilangkan Rasa Sakit Bila Digigit Lipan

 



 Masalah digigit lipan ni sering berlaku kepada kita, Ramai orang yang tidak tahu bagaimana nak mengubati atau menghilangkan rasa sakit mengikut petua orang dulu-dulu. Zaman sekarang semua mengharapkan ubat-ubatan dari Hospital bagi menghilangkan sesuatu penyakit. Tapi terfikirkah anda bila anda berada jauh dari Hospital atau pun diluar kawasan. 

 Disini admin nak kongsikan beberapa petua nak menghilangkan rasa sakit bila digigit lipan.


1. Orang dulu-dulu sebaik saja terkena gigitan lipan ni, mereka terus mencari tembakau. So caranya gunakan air perahan dari Tembakau dan lap di tempat yang kena gigit. InsyaAllah sakit berunsur pulih.

2. Menggunakan asam jawa. Ambil air perahan asam jawa dan sapu ke tempat yang sakit. lakukan berulang kali dan pedih akibat gigitan lipan itu akan hilang terus....InsyaAllah

3.  Gunakan sedikit cuka dan garam, campurkan kedua-dua sehingga sebati. Gunakan bahan tersebut untuk disapukan di bahagian terkena gigitan. InsyaAllah rasa sakit pada bahagian gigitan berunsur pulih.

4. Minum air masak sebanyak yang mungkin, ini petua yang sering di lakukan oleh orang dulu-dulu namun ada sesetengah yang berunsur pulih dan ada juga sesetengah pada mereka yang tiada kesan baik kepada rasa sakit yang dialami.

5. Ambil segelas air putih dan campurkan sebuku garam jantan ( garam kasar ). Kemudian, baca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali. Minum air garam tersebut InsyaAllah berunsur pulih.

6. Ambil beberapa biji lada putih. Kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan. InsyaAllah bisa dari gigitan lipan akan semakin berkurang dan beransur pulih.


- Semua petua ini adalah usaha kita untuk menghilangkan rasa sakit daripada gigitan lipan, sebelumnya marilah kita mengetahui dan memahaminya bahawa segala penyakit itu semata-mata dengan izin Allah. Penyembuh sebenar segala penyakit itu ialah Allah... So sebelum nak memulakan sesuatu untuk hilangkan rasa sakit berdoalah dahulu sebab itu adalah sebaiknya ...
 * Firman Allah :  " Ingatilah Aku nescaya Aku mengingatimu."

0 comment... add one now