Myvi nak 'terlipat', 4 komando nyaris maut



 EMPAT komando parah apabila Perodua Myvi dinaiki mereka, hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang, di Melaka, kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

 Difahamkan keempat-empat lelaki berusia 20-an itu baru tamat kursus latihan komando di Kem Sungai Udang, di sini, dan dalam perjalanan pulang berhari raya ke rumah masing-masing di sekitar Johor.

 Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu PBK II Khairuddin Atan berkata, sebaik tiba di lokasi jam 10.10 pagi kereta Perodua Myvi berwarna kuning terbabit dalam keadaan tersangkut pada pembahagi tengah jalan dan terdapat empat mangsa lelaki.

 "Pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cedera parah manakala tiga yang lain turut parah dan mengalami patah anggota badan.

 "Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan mengawal keadaan dalam tempoh 20 minit. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka menggunakan dua ambulans hospital, satu ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sebuah EMRS," katanya sambil mengesahkan 16 anggota termasuk pegawai terbabit dalam operasi menyelamat itu.

 Turut memantau operasi terbabit, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Mohamad Nasir Ali.

Sumber : mymetro.com
                : harian metro

0 comment... add one now