Kes Samun, Dua Penyamun Cuba Melarikan Wang Tunai Tauke Besi Buruk Yang Bergelar Datuk


 Semalam- Dua orang penyamun cuba menyamun seorang tauke besi buruk di hadapan Alliance Bank Sri Muda Shah Alam.

 Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa yang bergelar Datuk Seri 58 tahun dan pengawal peribadinya baru sahaja selesai mengeluarkan wang bernilai RM200,000 dari bank berkenaan.

 Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, penyamun yang menunggang motorsikal dan bersenjatakan parang serta kapak cuba untuk menyerang mangsa bagi mendapatkan Wang berkenaan.

 Menurutnya, berikutan itu Pengawal
Peribadi mangsa melepaskan tembakan dan mengenai punggung salah seorang suspek, dan seorang suspek berjaya melarikan diri. Manaklah wang tunai yang cuba dirampas itu gagal di bawa lari.

 Shafien berkata, suspek yang cedera itu kini dirawat di Hospital Shah Alam manakala Datuk Seri dan pengawal peribadi turut dirawat di Hospital Klang bagi kecederaan ringan yang dialami.

 Katanya, kini pihak polis sedang memburu seorang lagi suspek yang telah melarikan diri itu dan kes  disiasat mengikut Seksyen 394/397 kanun keseksaan.



0 comment... add one now