Kenapa Kita Tidak Digalakkan Kencing Berdiri, Ini Sebabnya


 
 Kencing atau nama lainnya membuang air kecil, sudah menjadi satu kebiasaan dengan semua orang. Zaman sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan melakukan kecing berdiri. Namun ramai yang tidak tahu keburukkan akibat kencing berdiri.

 Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang. Pada semua penderita penyakit ini merupakan salah satu penyebab pesakit lemah syahwat bagi sebahagian lelaki.

 Dari segi agama pula, kebanyakkan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat. Ketika mana akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya. Itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci daripada hadas besar mahupun hadas kecil.



 Kebiasaannya orang yang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi tidak habis terpancar dan menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan kencing yang mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

 Buang air kecil dengan cara mencangkung ini juga dapat melancarkan air yang keluar bersama kotoran yang ada dan ini juga akan menghindari penyakit batu karang mahupun lemah syawat.

 Walaupun kencing dalam keadaan berdiri itu diharuskan. Namun lebih baik kita hindarinya demi kebaikkan kita.

0 comment... add one now