Datuk Lee Chong Wei Lupakan Sukan SEA, Fokus Kejohanan Dunia

 


 KUALA LUMPUR: Jaguh pemain badminton perseorangan dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi di kejohanan sukan SEA 2017 selepas kudratnya ditagih pada kejohanan dunia di Glasgow pada ogos ini.

   Presiden Pesatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria mengesahkan perkembangan itu. Katanya, kejohanan itu perlu di letakkan sebagai keutamaan bagi pemain berusia 34 tahun itu yang masih memburu impian di pentas utama dunia.

  "Datuk Lee Chong Wei sah akan ke Glosgow pada ogos ini, kerana itu adalah keutamaan kita buat masa ini. Jadi , kita juga harus menyedarkan harapan kepada pemain lain seperti Zulkarnain (zainuddin)" , Katanya

   Dengan ketiadaan pemain perseorangan  iaitu Datuk Lee Chong Wei itu bermakna tumpuhan untuk meraih emas di Sukan SEA  akan berubah dan terarah ke pemain beregu negara iaitu Tan Kian Meng dan Lei Pei Jing.

  Datuk Seri Norza Zakaria tampak akur dengan situasi itu apabila turut menyokong pendapat itu.

" Beregu wanita juga mempunyai peluang, cuma lebih baik kita menunggu selepas mesyuarat JawatanKuasa Kejurulatihan dan Latihan ( C&T) pada khamis ini untuk memutuskan sasaran sebenar kami pada Sukan SEA", Katanya.

0 comment... add one now