keputusan Juara Gegar Vaganza 2016 Musim 3

Keputusan Juara Gegar Vaganza  2016 Musim 3
Juara Gegar Vaganza  2016 Musim 3

Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016 Musim 3 telah menggegarkan Dewan MBSA Shah Alam pada 04 Disember 2016 jam 9.00 malam. Seramai 6 orang Finalis telah mempersembahkan persembahahan mereka dengan penuh semangat waja demi untuk menghiburkan para peminat mereka disamping berusaha  menduduki tahta Juara Gegar Vaganza 2016 Musim 3.

Keputusan Juara Gegar Vaganza  2016 Musim 3

Pada konsert kali ini, Gelanggang Gegar Vaganza telah menampilkan penyanyi-penyanyi yang handal-handal belaka sepertimana Gegar Vaganza Musim 1 dan Musim 2.


Keputusan Juara Gegar Vaganza  2016 Musim 3

Siapakah yang bergelar Juara Gegar Vaganza Musim 3...? 
Ramai yang meramalkan bahawa Azharina akan menaiki Tahta Juara Gegar Vaganza 2016 Musim 3. Ramalan adalah berdasarkan kepada setiap persembahan yang terbaik dipersembahkan oleh beliau dan setiap minggu tidak pernah mengecewakan para peminat dan juri. Akhirnya Ramalan ini ternyata menjadi kenyataan apabila Azharina telah diumumkan sebgai Juara Gegar Vaganza Musim 3. Tahniah Buat Azharina..
Azharina dianugerahkan wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Keputusan Rasmi Pemenang Gegar Vaganza 2016 Musim 3

Juara : Azharina (RM100k Berserta trofi)
Azharina juga dihadiahkan sebidang tanah lot banglo bernilai RM60,000, pakej percutian ke Itali, rantai mutiara dan peluang merakamkan lagu baru terbitan Astro.
Juara Gegar Vaganza  2016 Musim 3

kedua : Siti Sarah (RM50k beserta trofi)
Ketiga : Zarul Umbrella  (RM30k beserta trofi)
Tempat kedua dan ketiga juga tidak terlepas dari hadiah istimewa iaituhadiah satu  lot banglo, rantai mutiara dan pakej percutian masing-masing ke Eropah dan Mesir.
Juara Gegar Vaganza  2016 Musim 3

Ke-4 : Ameng Spring (RM15K beserta trofi)
Ke-5 : Intan Sarafina (RM10K beserta trofi)
Ke-6 : Gmie Screen (RM5K beserta trofi)
Juara Gegar Vaganza  2016 Musim 3


Anugerah Khas Pilihan Penonton Persembahan Terbaik
Siti Sarah dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dengan hadiah bernilai RM5K.

Tahniah buat semua peserta Gegar Vaganza 2016 Musim 3. Tahniah Juga buat Nabil dan Jehan kerana berjaya menghidupkan dan mengimbangkan pentas Akhir Gegar Vaganza 2016 Musim 3. Anda semua adalah pemenang di hati para peminat. Semoga semua sukses dalam kehidupan.

0 comment... add one now