Sebab Kedah Tolak Tajaan Berjumlah RM30 Juta

sebab kedah menolak tajaan berjumlah RM30 juta
 Menurut laporan Harian Metro, Persatuan Bola Sepak Kedah telah menolak tajaan yang berjumlah RM30 juta daripada syarikat D'Herbs Holding Sdn Bhd.

Prisiden Persatuan Bola sepak yang juga di kenali sebagai Menteri Besar Kedah menjelaskan mengapa pihaknya menolak tajaan yang di berikan oleh D'Herbs Holding Sdn Bhd kepada Skuad Helang Merah.

Sebab Kedah Menolak Tajaan RM30 juta

KFA telah membuat pengumuman atas penolakan tajaan yang diberikan daripada syarikat komestik D'Herbs Holding bagi menaja pasukan Kedah atas sebab-sebab yang tertentu.


Keputusan atau Hujah Daripada KFA DAtuk Aminuddin Omar 

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, Setakat ini pihaknya tidak boleh lagi mendedahkan perkara ini dengan lebih lanjut dan berdasarkan perbincangan yang telah dibincangkan pada bulan lalu iaitu pada 27 April. Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima tajaan daripada syarikat kosmetik berkenaan.
 

" Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan. KFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada D'Herbs Holding atas kebaikan dan kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain daripada berusaha mahu meningkatkan imej dan nama baik Helang Merah"

" Saya berharap agar kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung dengan isu ( penolakan )  katanya"


0 comment... add one now