KM52.4 Lebuhraya KL-Karak dibuka semula

KUALA LUMPUR: Laluan di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula pada jam 12.45 tengah hari tadi selepas ditutup sejak 11 November akibat banjir lumpur. 

Pembukaan laluan itu disahkan Ketua Polis Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor. 

Beliau berkata, ia selepas kerja akhir membaiki jalan yang terjejas selepas kejadian siap dilakukan syarikat konsesi lebuh raya, ANIH Bhd.


0 comment... add one now