Identiti Sebenar Lelaki Disebalik Penggaya Fesyen Pelik Viral



BEBERAPA bulan lalu, media sosial dipenuhi dengan koleksi fesyen pelik yang digayakan seorang remaja lelaki menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti jaring, ranting kayu, bunga, raga dab pelbagai bahan lain.

Apichet "Madaew" Atilanttana, 16, pelajar sekolah tinggi dari Khon Kaen, Thailand menghasilkan rekaan inovatif dengan menggunakan bahan-bahan seperti tumbuh-tumbuhan, binatang dan elemen organik yang lain.

Memetik laman web Upworthy, rekaan pakaian unik yang direkanya ini akan digayakan sendiri olehnya.

Walaupun dianggap sesuatu yang ‘gila’ oleh netizen, namun minat Apichet mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarganya.

Malah, keluarganya turut sama membantunya mengayakan setiap rekaannya.

Menurut Apichet hanya menyunting gambarnya hanya menggunakan telefon bimbitnya kerana dia tidak mempunyai komputer.

Kesemua karyanya kini dikongsi melalui laman Instagram dan Facebook malah dia kini mempunyai 185,000 pengikut.

0 comment... add one now