Sistem CGPA Terbaru Universiti Akan Berkuatkuasa Serta Merta di 5 Universiti Ini



Sistem CGPA Bersepadu merupakan satu daripada insiatif di bawah lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) (PPPM-PT).
"Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan antara lima universiti yang dapat melaksanakan sistem ini pada September ini," katanya selepas Sesi Taklimat Awam Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi: Peningkatan Berterusan hari ini.

Idris berkata dengan pelaksanaan sistem itu, pelajar bukan sahaja akan dinilai dari segi pencapaian akademik tetapi juga secara keseluruhan termasuk penglibatan dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan, kepimpinan atau kerohanian.
Sementara itu, beliau berkata, Pahang menjadi negeri pertama diadakan program Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi: Peningkatan Berterusan itu.
Katanya program itu akan diteruskan ke negeri-negeri lain selepas ini dalam usaha kementerian untuk memberi keyakinan dan fakta yang benar kepada rakyat tentang sistem pendidikan tinggi di negara ini.
"Kita tidak mahu mereka (rakyat) mengatakan sistem pendidikan tercorot sedangkan sistem pedidikan bukan sahaja hebat, tetapi juga universiti awam kita juga turut diikitraf sebagai antara yang terbaik di dunia," katanya.
Ini terbukti apabila lima universiti tempatan tersenarai dalam kelompok 100 terbaik dalam Asia dan satu universiti dalam kelompok 200 terbaik di seluruh dunia seperti yang dilaporkan dalam 'QS World University Rankings in 2014', katanya. – Bernama, 8 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/5-universiti-mula-guna-sistem-cgpa-bersepadu-september-ini#sthash.x3rTTQTh.dpuf

0 comment... add one now