Selepas Pulau Reunion, Imej Kotak Di Lautan Hindi Kemungkinan Serpihan MH370



PASUKAN pencarian Australia yang menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi mendakwa membuat penemuan signifikan yang dipercayai serpihan daripada pesawat MH370. Imej yang disifatkan sebagai penemuan sonar 'Category 3' - imej daripada sonar di dasar laut dikategorikan sama ada 1, 2 atau 3.

Kategori 3 adalah paling hampir merujuk kepada serpihan pesawat. Mereka menunjukkan imej seperti dua kotak dan lima lagi bersaiz panjang tetapi amat nipis di dasar laut.

Pengarah Urusan Fugro Survey, Steve Duffield berkata, kesemua gambar itu diambil oleh syarikatnya dan kapal sewa Go Phoenix Malaysia, boleh membuka kepada penemuan seterusnya dalam penyiasatan berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Fugro bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) lebih setahun bagi mengendalikan pencarian dasar laut pesawat MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu, dengan menyediakan kapal Discovery dan Equator.

Kapal berkenaan dan 30 anak kapal bertugas secara bergilir-gilir pada satu masa dan bertukar tugas sekali lagi pada Rabu. Sambil mengakui serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada akhir bulan lalu memberikan hasil yang amat signifikan, Duffield berkata, beliau yakin lebih banyak bukti akan ditemui menerusi usaha berterusan di dalam keadaan laut yang lebih tenang.

 Katanya, imej yang ditemui perlu dianalisis ketika ini memandangkan penemuan menyeluruh masih memakan masa yang lama kerana keadaan cuaca sejuk. "Masih ada beberapa penemuan yang perlu dikesan, kenderaan dasar laut (AUV) boleh masuk dan mengenal pasti objek itu. Sudah pasti objek itu ada di sana." Sebelum kontrak dengan kerajaan Malaysia tamat, Go Phoenix pernah beberapa kali mengesan objek seperti kontena sepanjang 40 kaki. - Daily Mail


0 comment... add one now