Tidak Berkomplot Dengan Pembankang - Muhyiddin Yassin



Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan wujud komplot antara dirinya dan pemimpin pembangkang bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya wujud dakwaan bahawa beliau bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dikatakan menjadi punca utama kepada penggugurannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Mereka menyifatkan pengguguran saya bukan kerana lantang menyuarakan isu 1MDB, tetapi kerana cuba menjatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara pada Ahad.

Muhyiddin menegaskan, sepanjang tempoh lebih 40 tahun berada dalam UMNO, beliau tidak pernah mengkhianati parti dan perjuangannya adalah atas nama kebenaran dan rakyat.

0 comment... add one now