Najib Perlu Isytihar Harta Kepada LHDN - Tun M



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta mengisytiharkan derma di dalam akaun peribadinya pada setiap akhir tahun kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri juga berhak mempunyai akaun peribadi tetapi perlu dilaporkan bakinya pada masa yang ditetapkan.

"Semua ada akaun peribadi tetapi apabila kita masuk duit di dalam akaun kita, pada akhir tahun ada baki kena lapor cukai pendapatan. Najib perlu isytihar akaun peribadi kepada LHDN. Tetapi kalau tidak ada laporan jadi satu kesalahan," katanya.

Tun Dr Mahathir berkata demikian semasa sidang media selepas menjadi penceramah jemputan khas pada Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini hari ini.

0 comment... add one now