Jejaka Bachok Tersepit Jari pada Enjin Kereta



BACHOK - Seorang mekanik cedera pada bahagian jarinya ketika sedang membaiki enjin kereta di Kampung Baru Hujung Repek, petang tadi. 
Pegawai Bomba Daerah Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, ketika pihaknya tiba di bengkel itu, mangsa, Razali Mat Zin, 32, sedang kesakitan apabila jari kelingking kanan tersepit pada bahagian tapak enjin kereta Perodua Kancil yang sedang diselenggara dibengkel berkenaan.  
"Kami menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.12 petang dan tiba sejurus kemudian. Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Ahmed Mazdan Jusoh bersama tujuh anggota. 
"Ketika pasukan bomba tiba jari mangsa telah bengkak. Jari mangsa dapat dikeluarkan dalam masa sejam dengan menggunakan pemotong hidraulik,"katanya kepada pemberita. 
Kasyfi berkata, masa yang diambil agak lama kerana untuk meminimumkan kerosakan pada bahagian kereta. 
Menurutnya, mangsa bernasib baik hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. 

0 comment... add one now