''BNM Selesai Siasat 1MDB '' - Zeti Aziz



SHAH ALAM - Teki-teki mengenai 'kehilangan' Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berakhir selepas beliau memaklumkan akan bersama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga 2016.

"Saya akan kekal dalam jawatan sehingga penggal saya berakhir," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Beliau juga mengumumkan siasatan BNM terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah tamat.

Tambahnya, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali minggu ini.

Sebelum ini, Zeti dilaporkan 'menyepi' selepas beliau menjadi perhatian dalam pelbagai isu selepas siasatan dijalankan terhadap kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

0 comment... add one now