Tidur Pada Waktu Maghrib


tidur pada waktu maghrib
Tidur merupakan waktu yang paling mudah dimasuki oleh syaitan apatah lagi saat tidur kita lalai daripada tidak berzikir kepada Allah hingga syaitan mudah masuk ke alam mimpi dan mengganggu perasaan. Kondisi ini biasa terjadi terutama jika kita tidur di waktu Maghrib di saat syaitan berkeliaran dan menemukan kekuatannya dari kegelapan kerana itu sebelum tidur jangan lupa membaca doa dan memohan perlindungan Allah ta'ala dan diusahakan whudu dulu sehingga syaitan tidak mampu menembus benteng pertahanan kita.

Diriwayatkan dari Abu Barzah r.a : "Bahawasanya Rasulullah S.A.W membenci tidur sebelum solat isyak dan berbual selepas" ( HR. Bukhari 568 dan Muslim 647 ). Beberapa ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum isyak adalah boleh menyebabkan tidak menunaikan solat isyak pada waktunya.

Akibat terlalu banyak tidur:

  1. Banyak tidur akan mematikan hati
  2. Menambahkan berat badan
  3. Menghilangkan manfaat masa
  4. Banyk tidur ini hukumnya sangat makruh
  5. Menimbulkan rasa malas
  6. banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tida bermanfaat bagi badan


Cara tidur yang sebaik-baiknya diamalkan oleh Rasulullah
  1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang isyak dalam jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
  2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi, kemudian bersugi,berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.




0 comment... add one now