Punca Pergaduhan di Plaza Low Yat

punca pergaduhan di plaza low yat


 Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendan. Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai brkenaan selain dari merosakan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000. Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang  lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan banggunan berkenaan kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu. Suspek yang ditahan oleh pengawl keselamatan itu kemudian menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu. " Salah seorang rakan suspek berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barangan  di dalam kedai telefon, " menurut dari kenyataan laporan polis yang dibuat. Bagaimanapun, tindakan bebrapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di banggunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat. Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan. Bagaimanapun, reaksi natizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka. "Respect... Ada juga juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu  Bangsa itu. " kata mereka. Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.




0 comment... add one now