panduan dan resepi maruku ringkas



panduan dan resepi maruku ringkas


Jika dahulu nak merasa makan Maruku kena tunggu Deepavali barulah dapat rasa. Itupun kalau ada sahabat anda yang berketerunan India. Kalau tiada... memang susahlah nak merasa Maruku ni. Tapi sekarang Maruku bukan sahaja diminati oleh kaum india, malah kini diminati oleh kaum lain seperti Cina dan Melayu. Orang Melayu memang suka makan maruku terutama Maruku originbal. Rasa macam ada jintan dan rasa pedas sedikit. Selalunya, beli sahaja dengan babu yang jual tepi jalan tu. Memang sedap... Teringat pula Maklang aku yang memang pandai buat Maruku. Memang marvelous! Rahsia untuk buat Maruku Ranggup dan Sedap ialah biar minyak panas betul-betul baru boleh masukkan adunan Maruku tersebut, dan api juga kena jaga ..Barulah Maruku kita Sedappp...

Bahan-bahan untuk buat Maruku Sedap ialah:


  1. 300g tepung pulut
  2. 200g tepung kacang kuda
  3. 1 sudu besasr serbuk cili
  4. 1/2 sudu besar garam halus
  5. 1 sudu besar majerin
  6. 1 biji telur
  7. 2 sudu besar jemuju
  8. 1 sudu besar gula
  9. 1sudu besar bijan
  10. santan cair secukupnya

Cara-cara :

  1. Satukan bahan-bahan kering dan gaul sebati
  2. kemudian masukan telur, majerin dan santan cair gaul lagi sehingga jadi doh lembut
  3. kemudian panaskan minyak masak dan tekan adunan
  4. Bila dah kekuningan boleh angkat
  5. Maruku siap di hidangkan dan di rasa



0 comment... add one now