Hukum Solat Menggunakan Pakaian Bergambar


hukum solat menggunakan pakaian bergambar


Apakah hukumnya bersolat dengan mengenakan pakaian yang mempunyai gambar binatang seperti rama-rama, ikan , burung dan seumpanya?

 Bagaimana pula dengan pakaian yang mempunyai gambar-gambar kartun atau animasi seperti Batman, Superman dan seumpanya?

Bagaimana pula dengan wanita yang memakai pakaian yang mengandungi gambar-gambar tersebut tapi terlindung daripada pandangan oleh telekung yang dipakainya?

Jawapan

Hukumnya makruh.Kerana lukisan yang ada pada baju boleh mengganggu orang lain dari saf yang lain. Mungkin gambar animasi itu di sebelah belakang baju yang dipakai. Maka keadaan tersebut akan mengganggu jemaah di belakang.

Sebahagian ulama menghukumnya dengan haram.Alasannya ialah Rasulullah SAW melaknat golongan yang melukis gambar-gambar makhluk. Namun sebahagian ulama menghukum dengan makruh.

Untuk mengelakkan daripada menggangu orang lain dalam solat adalah  lebih baik kalau baju itu sebelum solat diterbalikkan dulu. Adapun bagi orang perempuan yang solat dengan memakai pakaian mengandungi gambar-gambar tersebut yang terlindung di sebalik tudung tidak mendatangkan apa-apa.Ini kerana kain telekungnya telah menutup gambar yang terkandung pada baju yang dipakai.

Kedua-dua keadaan di atas tidak membatalkan solat seseorang. Solatnya tetap sah.

hukum solat menggunakan pakaian bergambar





0 comment... add one now