cara membuat keropok lekor ringkas


cara membuat keropok lekor ringkas

Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Cara-cara membuat keropok lekor ni bukanlah susah sangat ianya mudah untuk disediakan. 

Pertama sekali Kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti :

  1. Ikan kembung atau ikan selayang yang segar sederhana besar. 
  2. Tepung kanji , tepung ubi atau sagu
  3. garam ( untuk penambah rasa )

Cara-cara :
  1. Siangkan ikan yang telah disediakan, ambil isi sahaja dan buang kulit nipis dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan sampai halus dalam food processor .Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.
  3. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung.
  4. Didihkan air dalam periuk untuk merebus adunan yang telah dibuat.
  5. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang.
  6. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
  7. Doh yang sudah dibentuk tadi boleh juga dimasak dengan mengorengnya . Lekor yang masak akan timbul ke atas permukaan minyak masak dan berubah meenjadi warna yang gelap sedikit berbanding sebelumnya.




*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.

cara membuat keropok lekor ringkas


1 comment... add one now

Seri Nian Seri Nian 02 August, 2015
suka sgt makan kopok lekor, anak2 lagi la, tp ekadang dapat yg sgt liat, mmg sedih