Budak Berbaju Lusuh Berkopiah Merayau di sekitar Kg baru



Beberapa bulan lepas, aku dan kawan aku makan di satu kedai makan di Kg Baru, Kuala Lumpur. Kepada yang tinggal di Kuala Lumpur pastinya mengetahui Kg Baru ni ada banyak kedai untuk makan.
Ini sekadar gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan cerita ini

Yang bestnya ialah kedai makan, dan yang tak bestnya pula ialah ramai peminta sedekah yang kita tidak tahu itu memang betul-betul meminta sedekah ke atau tipu.

Sebelum ini ada juga la aku beri barang sekali dua kepada mereka-mereka ni yang berjalan dari kedai ke kedai dengan membawa tabung dan beberapa surat kononnya sedekah itu untuk tabung sekolah tahfiz.

Ok, berbalik kepada cerita aku dengan kawan makan di kedai tu. Waktu tu dah pukul 11 malam. Tiba-tiba datang seorang budak kecil berbaju lusuh, berkopiah berumur dalam lingkungan 8-9 . Datang dengan membawa tabung. Aku waktu tu pun syak sesuatu. Yelah, budak macam tu keluar pada waktu yang macam tu.
Sebelum budak tu datang ke meja kami, budak tu pergi ke meja-meja yang lain. Ada yang beri duit, ada juga yang tak.

Tiba giliran budak tu datang ke meja kami. Apa yang aku buat ialah,

" Adik, dah makan belum?"
" Dah makan"jawab budak tu
"nak minum tak?"Aku tanya balik
" kalau  abang beri duit untuk adik beli minuman, pastu duduk sini borak-borak dengan abang.Boleh?"
"okay kata adik tu"

Aku bagi dia RM2 untuk dia beli teh o ais.

Adik tu menghala ke kaunter tempat beli minuman. Aku pun borak-borak la dengan kawan sementara tunggu budak tu datang balik. Tapi lama tunggu, budak tu tak datang-datang. Laa, dah lari rupanya.

"Tak apalah." dalam hati aku.

Okay. Tu cerita 2 bulan lepas.

Baru 2 hari lepas...

2 hari lepas aku terserempak dengan budak tu, kali ni dia tidak berseorangan, tetapi berdua dengan lelaki dewasa. Budak tu masih lagi memakai pakaian yang sama. Lusuh sambil berkopiah.

Mereka berdiri lebih kurang 100 meter dari sebuah kedai makan dalam keadaan gelap. Lelaki itu menunjuk-nunjuk kedai tersebut. Seolah-olah memberitahu budak tu bahawa, "ok, kali ni target kita kedai tu pula"

Kemudian lelaki tu mengeluarkan sesuatu dari begnya. Ya, tabung dan beberapa dokumen. Benda yang sama macam yang dia pernah bawa haritu.

Kemudian, aku boleh lihat, dia melakukan benda yang sama ke  kedai tu, minta duit. Ada yang beri ada yang tak.

===================================================

Okay. Selesai cerita tu. bagi aku sendiri, mereka-mereka ni merupakan sindiket yang mempergunakan budak untuk kepentingan mereka. Pernah dengar yang benda ni dah macam jadi kerjaya mereka pula. Yelah, sehari boleh cecah RM200-RM300 kot.

Masing-masing punya pendapat sendiri. Tapi bagi aku, aku tidak akan memberikan kepada mereka duit.Aku akan berikan kepada yang betul-betul memerlukan.

Ada orang cakap,

" kita bagi dia duit, tu biar urusan dia dengan Tuhan dia tipu ke tak"

Aku setuju dengan kata-kata itu. Tapi bagi aku, biarlah memberi secara berasas. Sindiket ni tidak akan dapat bertahan jika tidak ada banyak "permintaan".

Kalau tak ada yang beri, tak adalah yang akan minta lagi. kan?

Okay, sampai di sini sahaja penulisan ini, moga-moga ada kebaikan sedikit yang pembaca dapat daripa penulisan ni. Kalau jumpa budak tu, ajak dia minum, dan selongkar cerita budak tu kalau boleh.


0 comment... add one now