Imej Sopan amat merugikan - A Pink



BIARPUN ramai penyanyi KPop tampil dengan imej seksi, kumpulan A Pink masih mahu mengekalkan imej sopan.

Bagaimanapun, mereka akui ia agak merugikan apabila imej tersebut membataskan ahli kumpulan itu untuk tampil seksi ketika berada di luar.

"Walau kami banyak membeli baju seksi tetapi sayang kami tidak boleh memakainya di depan umum. Kami hanya berdiri di depan cermin sahaja, " kata salah seorang ahlinya, Bomi.

Katanya, bagi membuang rasa kecewa tersebut, dia hanya mengambil gambar untuk dijadikan kenangan dengan baju berkenaan.

Tambahnya, salah satu kerugian lain dalam mempertahankan imej sopan ialah tidak boleh berhibur ke kelab malam.
Imej Sopan amat merugikan - A Pink

0 comment... add one now