Cadbury dan fatwa Qaradawi


Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Gembar juga Malaysia baru-baru ini dengan isu Cadbury ini. Sehingga isu seperti panda, Dyana, pemilihan presiden FAM (mungkin juga ini), dan banyak lagi isu lain tenggelam dek bahan Cadbury ini.


DNA.Apa itu DNA? Baiklah, tanpa bercakap dengan terma-terma sains, aku akan terangkan mengenai apa itu DNA. DNA ini terdapat pada setiap makhluk di bumi ni. Setiap yang bernyawa pasti mempunyai DNA. Atau bahasa sainsnya. Setiap organimsa di dunia ini pasti mempunyai DNA.

Jika mengikut tangga bagaimana kita manusia ataupun organisma terbetntuk. Kita terbentuk lebih kurang melalui rantaian begini;

Organisma > Sistem > Organ > tissue > cell 

Daripada besar kepada yang kecil. Dan di dalam cell ini terdapat nukleus dimana tersimpanya 4 komponen yang akan membentuk DNA.

Lupakan mengenai cerita saintifik DNA ni. Di sini aku cuma hendak beritahu yang berdasarkan fatwa daripada ulama kontemporari Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa makanan yang mengadungi DNA babi adalah tidak haram. Nak bagi penerangan. Boleh tengok sendiri dekat laman web official Yusuf Al Qaradawi.

Baiklah, di mana kita? Di sebalik fatwa ulamak ini? Mesti banyak melatah kan. Bila pasal babi je semua melatah. Apa ingat Yusuf al Qaradawi ini nak bagi fatwa sesuka hati ke. Mesti lah dah mengambil kira berbagai aspek.

Bukan soal
" tak mati pun kalau tak makan cadburry"
" kan banyak lagi makanan lain, kenapa nak cadburry?"
" kalau dah was-was tak payah makan"

mesti ramai yang cakap macam tu kan? Bukan soalnya itu. Persoalannya ialah, kita tidak meraikan apa yang ulama dah fatwakan. Kita siap berlagak lebih berilmu pula daripada ulama. Ada yang siap memaki-maki ulama ini ( ni boleh tengok dekat facebook. Ramai sangat. ramai.)




0 comment... add one now